Wednesday, November 2, 2011

Cenderahati untuk Dato’ Hasan Malek

 

kklw

 

kklw1

Cenderahati Bunga Daun Getah dan Decoupage untuk Dato Hasan bin Malek…Timb. Menteri KKLW sempena lawatan ke gerai di bawah agensi KKLW di majlis perasmian penutup Karnival Usahawan Desa Zon Utara 2011…

Wednesday, October 19, 2011

Persediaan Untuk KUD Zon Utara

Assalamualaikum...

Sekarang ini shida tengah sibuk buat persiapan untuk karnival usahawan desa zon utara yang akan di adakan di PADANG AWAM, Taman Ria Jaya, Sungai Petani..mulai 27 - 30 Oktober 2011.

InsyaAllah shida dan mak akan duduk 1 booth di bawah RISDA Negeri Kedah...

No. Booth tatau lagi....

Antara Decoupage yang hampir 90% siap untuk jualan KUD Zon Utara nanti..

letter

 key

botol

jem

P/S : ada yang berkenan tak

Sunday, October 16, 2011

Selamat Datang Ke CNQ Craft


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia daripadaNya...pada hari dan saat ini CNQ Craft mempunyai blog nyer sendiri...kalau sebelum ini hanya ada page kat FB......(jangan lupa like ye)

Insya'Allah di CNQ Craft ini akan menghimpunkan kraftangan yang dihasilkan sendiri oleh Shida dan Mak...Shida lebih kepada Decoupage manakala hasil kerja tangan mak adalah bunga / produk daripada daun getah yang diproses..

Shida berterima kasih kepada sahabat-sahabat dan pihak yang menyokong shida dalam menghasilkan Decoupage..terutama kepada Risda Negeri Kedah dan RNR Craft...segala sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada shida selama ini amat dihargai..

Untuk pengetahuan semua, shida merupakan salah seorang usahawan bimbingan RISDA di mana shida telah dipilih sebanyak 2 kali oleh RISDA Negeri Kedah untuk mengikut kursus Decoupage yang dikendallikan oleh RNR Craft...Daripada kursus yang disertai ini, pihak RISDA memberi kepercayaan dan peluang kepada shida untuk berniaga di karnival usahawan yang dianjurkan oleh pihak RISDA dan KKLW...terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan..

Harapan shida semoga CNQ Craft akan terus maju dan berkembang...