Sunday, October 16, 2011

Selamat Datang Ke CNQ Craft


Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia daripadaNya...pada hari dan saat ini CNQ Craft mempunyai blog nyer sendiri...kalau sebelum ini hanya ada page kat FB......(jangan lupa like ye)

Insya'Allah di CNQ Craft ini akan menghimpunkan kraftangan yang dihasilkan sendiri oleh Shida dan Mak...Shida lebih kepada Decoupage manakala hasil kerja tangan mak adalah bunga / produk daripada daun getah yang diproses..

Shida berterima kasih kepada sahabat-sahabat dan pihak yang menyokong shida dalam menghasilkan Decoupage..terutama kepada Risda Negeri Kedah dan RNR Craft...segala sokongan dan tunjuk ajar yang diberikan kepada shida selama ini amat dihargai..

Untuk pengetahuan semua, shida merupakan salah seorang usahawan bimbingan RISDA di mana shida telah dipilih sebanyak 2 kali oleh RISDA Negeri Kedah untuk mengikut kursus Decoupage yang dikendallikan oleh RNR Craft...Daripada kursus yang disertai ini, pihak RISDA memberi kepercayaan dan peluang kepada shida untuk berniaga di karnival usahawan yang dianjurkan oleh pihak RISDA dan KKLW...terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan..

Harapan shida semoga CNQ Craft akan terus maju dan berkembang...


0 comments: